Jul
28
2008
-
Jumaat & sabtu lepas aku gi Melaka ngan Roxa. Member kitaorg kawin. Terharu & gembira sbb dia dah kawin.
-




-
Liza,
Selamat Pengantin Baru. Aku doakan semoga perkahwinan ko berkekalan dunia & akhirat… …
-
Luv, Faeiz
- -
-
-
-
Jul
18
2008
-
Aku suke banget bila ada org tulis mcm nie kat dlm salah satu national paper semalam…sbb aku pun sehati sejiwa serasa dgn dia. Walaupun aku tak kenal dia, aku ucap syabassss byk2 sbb dia mewakili org mcm aku..meluahkan apa yg terpendam.
-
Terima Kasih Kerana Menyusahkan Kami
“SAYA merupakan salah seorang daripada ribuan pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan luar biasa pada Isnin lalu. Seperti yang dimaklumkan, satu perhimpunan haram telah dirancang diadakan di bangunan Parlimen oleh pihak-pihak tertentu.
Walau siapapun pihak tersebut sama ada parti politik kerajaan atau parti politik pembangkang mahupun NGO, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kerana telah menyusahkan kami semua, menyebabkan bergelen-gelen minyak kami habis dalam kesesakan, menyebabkan kami lewat ke pejabat, menyebabkan mesyuarat penting dibatalkan dan bermacam-macam lagi.
Juga terdapat rancangan untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran di KLCC. Terima kasih juga kerana menyebabkan negara ini jadi tidak selamat, menyebabkan para pelabur lari, menyebabkan ekonomi Malaysia menjadi tidak kompetitif kerana selalu ada perhimpunan haram, apabila pelabur lari operasi pula ditutup maka ramai orang kena berhenti kerja. Anak dan isteri tidak dapat makan. Terima kasih banyak-banyak.
Sebagai rakyat Malaysia, saya sudah bosan dan muak dengan senario sekarang baik dari segi politik atau lain-lain.
Tidak kira apa sekalipun objektif demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram ia cuma akan menyusahkan kami yang tidak bersalah. Jika hendak serah memorandum, serahlah secara baik. Tidak perlu hendak berkumpul beramai-ramai. Apakah masing-masing mahu jadi hero?
Sebagai pengundi berdaftar yang telah mengundi pada pilihan raya lalu, kami telah memilih calon pilihan masing-masing. Jika ada pihak hendak bermain politik kotor atau berdemonstrasi itu masalah anda, jangan heret kami dalam masalah. Kami banyak kerja hendak buat!“
ARES SALIM - Kota Damansara
-
Jul
14
2008
-
Hari nie aku half day petang.
Aku nak gi renew insurans & road tax…RM1,004.56…huhu.
Habis duit aku!!
Pastu aku nak gi klinik kerajaan kat Selayang Baru..wat HIV test.
Alang2 cuti..settlekan skali.
Minggu depan nak kena cuti lagi…member aku, Liza kawin kat Melaka.
Kena pegi…kang aku kawin dia taknak dtg lak hehhe..
Cuti aku byk lagi…23 hari+2 hari ganti AGM..
Aku rase cukup sampai akhir tahun nie…
-